Assalamualaikum 2014

semoga tahun ini kita dirahmati dan diredhai Allah s.w.t :)

Sunday, 30 June 2013

long time no see :)

Assalamualaikum..

hey everyone... long time no see mehh !!! :D hee
Bulan jun ni busy sangat, sampai tak sempat nak update blog.. sekarang ni sempat la sikit.. dalam bulan banyak yang berlaku dalam hidup tasha.. antaranya :


  • 4 jun 2013- tasha hang out dengan my beloved bestfriend Maisarah and Kyna at Bukit Bintang..


  • 9 jun 2013- tasha bercamping dengan family besar.. lebih kurang 4 family la jugak ada masa tu.. disebabkan dah lama tak jumpa dorangkan, memang best la dapat bercuti pulak dengan dorang kat Sungai Congkak.. :)


  • 14 jun 2013- tasha join kawan-kawan PMKL pergi Sunway Lagoon.. giler ohhsemm keluar ngan dorang.. first time tasha keluar ngan dorang.. memang best la cerita dia kan.. hee :D


welcome to sunway lagoon, guys and girls.. :)
we are happy :D
gadis2 pmkl at sunway..


  • 19 jun 2013- hari pendaftaran masuk semester.. malam sebelum tu budak us tidur buat kali pertama di us baru.. malam tu memang tidur lambat la kan dah bercerita semua ngan dorang.. haih maklumlah lama tak berjumpa.. Pada hari esoknya, tasha daftar dalam pukul 10 camtu.. then untuk semseter 3 ni tasha akan belajar 8 subjek dan 3 subjek antaranya masuk final exam.. sem ni jugak ada kitchen class lagi tapi versi "bakery and pastry".. 

  • 24 jun 2013- Pada hari ini sepatotnya kelas dah bermula tetapi disebabkan satu bencana alam telah berlaku iaitu pecemaran udara yang bernama  ''jerabu'' telah mengusai satu selangor dan KL.. udara pada haritu memang teruk giler la citer dia kan.. bayangkan kiteorang yang duduk kat rumah mencecah langit memang terhidu la udara kotor tu.. satu rumah bau asap.. semua tak sihat pagi tu.. poli pon di beritahu di tutup untuk 2 hari...

  • 25 jun 2013- budak Us bercadang nak pergi lawat kawan poli kiteorang iaitu Mus.. dia sakit dan dirawat di hospital sungai buluh.. kesian dia tak dapat bercakap.. harap dia dapat bertahan lawan penyakitnya itu.. semoga cepat sembuh ye Mus, Amin.. :)

  • 26 jun 2013- kelas pon bermula seperti biasa.. TIME TO STUDY SMART NOT STUDY HARD.. FIGHTING TASHA !!! :D

tamat la sudah cerita yang berlaku pada tasha dalam bulan jun ni.. Okay perkara yang lepas hanya jadi kenangan, kita perlu teruskan perjalanan hidup kita dalam bulan seterusnya pula.. good luck guys and girls :)






Saturday, 1 June 2013

JUN--> still sem break--> naik sem baru ;)

hello Malaysia!!! :D

Harini 1 Jun 2013?? wooo!! Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih tasha cuti semester.. okay fine sumpah rasa sekejap pulak masuk bulan Jun ni.. haih.. you know what, bulan ni tasha still sambung semester break tapi bulan ni juga tasha habis semester break dan sambung belajar balik di semester tiga.. 19 Jun kena pergi daftar sem.. 24 Jun pula dah start class.. sekejap kan rasa.. haha mana taknya.. cuti semester banyak habiskan masa dekat rumah je.. 

Semenjak cuti haritu, tasha dah ditempah menjadi maid sepenuh masa kat rumah ni.. Awesome kan? hahaha kalau takde tasha percaya la tak hidup orang kat rumah ni..hehe mana taknya, tasha lah tukang masak.. tukang basuh,sidai dan iron baju.. tasha la pengemas rumah.. dan tasha jugalah babysitter.. hebat tak tasha? hee semua benda boleh buatkan.. tasha boleh jadi calon isteri terbaik kan.. "mehh-mehh semua jejaka-jejaka hensem sekalian beratur siapa nak kahwin dengan tasha, konfem hidup korang teratur punya la..hahaha " okay sorry dah mula dah merepek tasha ni.. :)

Then apa lagi yang tasha buat masa cuti ni adalah text-ing and date-ing ngan my bestie dan merangkap my sayang, Maisarah dan Watek.. dekat setahun tak jumpa dorang.. haih maklum lah busy belajar semuanya.. awal cuti tu kiteorang jalan2 dekat sunway pyramid.. now akhir cuti ni pulak kiteorang nak pi shopping sama2.. hehe keluar dengan dorang memang awesome do.. Dan tasha just keluar ngan ibu je la yang mampu.. yela saya bukannya ada boyfriend macam kawan2 lain yang asyik berkepit je.. hahaha Opps terlebih sudah.. hihi 

with my sayang Mai dan Watek at Sunway Pyramid :)



Lagi-lagi, tasha ada la jugak pergi holiday with my lovely family...kiteorang pergi genting je.. itu pon dah have fun giler.. Baru-baru ni tasha ada join jadi 'bidan terjun' crew event management untuk family day keluarga pengarah di Kalumpang.. eventnya boleh la.. tapi yang bestnya tasha dapat spent time masa dengan kawan-kawan and lecture PMKL dan dapat la juga tasha usya-usya dia, lepas kan rindu mehh..hahaha dekat sana tasha jadi Ajk makanan.. uruskan bahagian makanan je la.. nampak la kan cuti ni tasha banyak habiskan masa dengan makanan.. haha Thanks Korang sebab ajak tasha join event korang ni.. memang best sebab korang semua sporting giler.. :D

this my classmates and sorang junior sesat :D

semua crew-crew event ni.. and yang pasti kat depan tu En.Sai.. haha sporting habiss

okay la.. itu sahaja yang tasha mampu cerita, cuti ni memang sangat membosankan bagi tasha.. just stay rumah memang la kan..cuma ada sedikit aktiviti-aktiviti tadi yang membuatkan cuti sem ni bermakna buat tasha.. Thanks for all yang berjasa membuat cuti  tasha sangat bermakna.. :) Harap naik sem ni tasha akan belajaar bersungguh-sungguh dan kurangkan main..hee Amin :)