Assalamualaikum 2014

semoga tahun ini kita dirahmati dan diredhai Allah s.w.t :)

Thursday 21 November 2013

Alhamdulillah

thanks awak sebab sudi beri penjelasan pada saya.. sebenarnya saya dah lama pun maafkan awak cuma waktu tu saya tak boleh nak terima awak sebagai kawan lagi..kalau saya cuba juga terima awak waktu tu mungkin senyum dan kelakuan saya hnyalah palsu.. saya tahu dan nampak awak cuba untuk senyum dan try buat kita back to normal macam dulu tapi awak kena tahu keadaan apa yang berlaku dulu dengan keadaan sekarang sangat berbeza.. semua benda dah berubah.. saya juga terpaksa berubah, kalau tidak saya still akan diselubungi dengan kenangan dulu dan itu hanya buatkan saya sakit dan still terluka.. mungkin awak rasa saya ego kan, sebab saya layan awak macam nk tak nak.. bukan saya nak jadi macam tu cuma saya tak nak menaruh harapan pada awak.. Awak ada ckp awak tak pernah niat nak mainkan saya..tipu la saya ckp saya tak pernh rasa dipermainkan..tp sikit je lah yg lain pon cuma just skit hati dengan ape yg terjadi.. now saya lega sebab awak dah tampil memberi penjelasan walaupun just kat twitter.. Thanks for being gentlement.. Dan saya juga nak minta maaf pada awak kalau ada silap salah..Now kita 0-0 okay.. insyaallah saya cuba untuk terima awak sebagai kawan sebab saya tahu awak adalah kawan yang baik.. terima kasih la sebab doakan saya dapat lelaki yang baik,tp buat masa sekarang saya dah tak nak ada hubungan apa-apa lgi buat masa ni.. saya nk tumpu perhatian dengan pelajaran saya.. kalau ada jodoh yang datang sendirinya, insyaallah saya terima dengan hati yang terbuka.. saya juga harap awak bahagia dengan kekasih hati awak, awak adalah lelaki yang baik.. semoga kekal hingga ke anak cucu dan janganlah sakitkan hati dia kerana hati perempuan sangat la sensitif.. jaga dia baik2 okay.. sampai disini je la.. thanks again and bye bintang :)

Monday 11 November 2013

ciri-ciri lelaki yang baik

"Semoga dikurniakan suami soleh yang membimbing saya dunia dan akhirat."

Jawaban begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumah tangga ataupun pengantin baru.
Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahu suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?
Cuba kita lihat apa yang terjadi dalam sebuah rumah tangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah SWT.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah SWT. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi, lelaki soleh akan menyuruh, malah terkadang sampai memaksa isterinya untuk menunaikan solat.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi, suami yang soleh tidak akan sekali-kali membenarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Juga berhias dan ber'make-up' tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri menututp aurat. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dahulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi apabila doa anda dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Tutur Kata juga mesti sopan, melambangkan pribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan martabatnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan martabatnya

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tau membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggung jawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, jangan hanya mementingkan paras rupa, terima apa adanya rupa dia.

Pesanan :
seorang lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN

  1. TIDAK AKAN berani pergi "dating" dan bercouple berdua-duaan
  2. TIDAK AKAN membonceng motor bersama2 dengan perempuan yang bukan muhrim
  3. TIDAK AKAN bergaul bebas dengan perempuan yang bukan muhrim
  4. TIDAK AKAN mengajak keluar bersama2 pergi ke pasaraya, menonton wayang, makan berdua-duaan dan sebagainya
  5. TIDAK AKAN berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang perempuan
  6. TIDAK AKAN berani memukul atau mencederakan perempuan.
  7. TIDAK AKAN berani untuk tidak menghormati orang yg lebih tua dan perempuan.


SEKIRANYA 7 CIRI2 INI ADA PADA PASANGAN ANDA...
KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK AKAN TETAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI2 TERSEBUT...
SEKIAN

"KEPADA WANITA JADIKAN DIRI ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN"

Adakah kita anak yang soleh dan solehah?


Manusia dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu bapa bagi yang bertuah manakala yang kurang bernasib baik, ibu yang melahirkan akan dijemput Allah SWT. Maka beruntunglah ibu itu menjadi syahid saat melahirkan anak. Kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan tanpa memikirkan kesenangan diri sendiri, ibu dan ayah memenuhi hidup kita dengan kehendak yang kadang kala di luar kemampuan mereka.

Sebuah cerita, anak membunuh ibunya lalu di ambil hati ibunya untuk dijual, dalam perjalanan anak itu dia terjatuh. Lalu hati ibunya berkata "Hai anakku, lukakah kamu?". Mulia sungguh ibu kerana biarpun dia terluka namun tidak pernah terdetik dalam hati mereka dengan kebenciaan malah diselaputi dengan kasih sayang.

Masihkah kita ingat siapa yang membersihkan najis kita ketika kita tidak berupaya? Seorang ibu dengan anak seramai 10 orang mampu membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Sebuah cerita lain, digorengkan anak-anaknya denga ikan goreng lalu diberinya anak-anak mereka makan sehingga kenyang. Manakala ibu hanya berkata, "Makanlah anak ibu, ibu dah makan tadi!' Ibu kita membohongi kita demi anak-anaknya.

Anak mula belajar di pusat pengajian tinggi, demi kejayaan anak ibu bapa sanggup mengadai emas, tanah dan rumah semuanya kerana anak-anak. Sehingga berjaya anak itu.

Kini kita telah dewasa, saat gemilang telah tiba dan kerana ayah dan ibu kita berjaya. Berapa kalikah seminggu anda menghubungi mereka? Anak-anak pun telah berkahwin, bahagia dan disamping isteri dan suami yang cantik dan kacak. Ibu dan ayah bangga tersenyum dapat menantu-menantu yang cantik dan kacak. Biasalah, ibu bapa mestilah bangga bila orang kampung semua memuji. Biarlah mereka, sedang bahagia melihat kebahagiaan nak mereka.


Ibu dan ayahmula sakit kerana usia mereka yang telah lanjut. Anak-anak makin sibuk, semakin sukar hendak pulang melawat mereka dan membuat panggilan. Terguris hati mereka dan terasa seperti dilupakan. Hati mereka sedih.

Ayah telah pergi meninggalkan dunia, tinggalah ibu seorang di rumah, manalah anak-anaknya seramai 10 orang itu. Hati si tua semakin sedih dan mudah terasa. Bertanya dia, hai anak lupakah dikau dengan ibumu yang seorang ini..

Ibu jatuh sakit, tidak berdaya dia untuk menguruskan diri. Anak-anak berkejar-kejar pulang ke kampung.. Bergaduh sesama mereka, along salahkan angah, angah salahkan achik dan berterusan sampai ke bongsu. Cucu-cucu si nenek hanya senyap melihat gelagat ayah dan mak mereka.

Keputusan dibuat, ibu dihantar ke rumah orang-orang tua. Ibu semakin sihat dan ceria kerana ditemani oleh kawan-kawan dan anak muda yang sanggup menjaga mereka di rumah orang tua. Setiap bulan ada saja antara anak-anak ibu melawat, ibu seronok kerana cucu-cucu ada bersama walaupun seketika. Berkata cucu kepada anak si ibu "Ayah nanti ayah dah tua macam nenek, Aiman kena hantar ayah di sini juga ke?" Lalu terkedu si ayah.. Aiman pun berkata "Aiman Tak Kisah"

Antara kita, berapa ramai yang sudi basuh najis ibu dan ayah mereka? Berapa antara kita yang sanggup jaga mereka dan berapa ramai menantu yang sanggup menjaga mertua mereka? Renung-renungkan lah.. perbaiki sikap kita kepada ibu dan bapa kita.. ingat KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH BAPA DIBAWA SEPANJANG MASA".

Saturday 2 November 2013

percaya pada diri


hey! awak. berhenti untuk tidak berpuas hati dengan diri sendiri. Awak sempurna. Hentikan keinginan awak untuk kelihatan seperti orang lain atau ingin orang menyukai awak seberapa banyak yang mereka suka orang lain. Hentikan cuba untuk mendapatkan perhatian dari orang-orang yang menyakiti anda. Hentikan membenci badan anda, wajah anda, keperibadian anda, sifat-sifat anda. Cinta mereka. Tanpa mereka awak tidak akan berada di sini. Dan mengapa awak mahu menjadi orang lain? yakin dengan diri awak. Tersenyum. Ia akan menarik orang masuk. Jika sesiapa benci pada awak  kerana awak  gembira dengan diri sendiri maka pergi lantak lah mereka. Kebahagiaan saya tidak akan bergantung kepada orang lain lagi. Saya gembira kerana saya suka siapa saya. Saya suka kelemahan saya, saya suka ketidaksempurnaan saya. "They make me, me and 'me' is pretty awesome."

terimalah aku dengan takdirmu..



..dengan apa yang terjadi terhadap diri ini, aku tidak akan mengulangi kesilapanku lagi..

dulunya aku sentiasa senyum seorang diri bila melihat si dia, sampaikan sahabat-sahabatku sering berkata aku sudah angau, angau dengan mainan cintanya.. setiap hari akan tersenyum sambil memegang telefon kerana si dia sentiasa menghantar mesej kepadaku.. Itulah yang aku rasai suatu ketika dahulu. Tapi sekarang tidak lagi...

Sekarang diriku tidak lagi seperti tasha yang dulu, yang sentiasa ceria tu sudah hilang dan lesap begitu sahaja.. senyumku kini pun terpaksa hanyalah palsu semata-mata.. semuanya mungkin silapku yang tak pandai menjaga hatinya..semua kenanganku dengannya kini lenyap.. semua kata-katanya kini aku anggap sebagai dusta semata-mata..

Hidup  penuh dengan dugaan. Sejauh mana kita berkasih sayang kalau Allah sendiri sudah takdirkan diriku bukan untuk dirinya, aku dan dia tetap tidak akan bersama... Aku redha.. aku ingat sebelum kau meninggalkan diriku, kau ada berkata aku terlalu baik untuk kau dan "you're deserve someone better than me"  mungkin ini yang menyebabkan kau pergi meninggalkan aku sendiri, mungkin di mata engkau, aku ni umpama malaikat yang tidak membuat kesilapan dan engkau bagaikan syaitan membawa aku ke neraka.. salah anggapan kau padaku.. aku ini hanyalah syaitan yang bertopengkan manusia.. aku bukan lah baik seperti yang kau sangka.. aku pon sering melakukan kesilapan seperti yang lain..

kali terakhir kita jumpa, kau ada berkata yang kau rasa berbelah bahagi dengan cinta kau pada bekas kekasih kau dan sukanya kau kepada aku..aku sangat faham waktu itu dan aku terima apa saja keputusan yang kau buat sebab aku sedar siapa diriku. tapi selepas itu kau terus senyap, sehinggalah kau muncul dengan menunjukkan kau dah bahgia dengan cinta kau itu.. aku  rasa skit hati waktu tu tersangat sehinggakan kau telah buat aku mengalir air mata buat kali pertama demi lelaki.. 

selepas itu, aku terus mengelak dari kau sebab aku taknak perasaan aku ni mengganggu hubungan kau dengan dia.. aku paling benci bila tengok senyuman kau, senyuman seperti tiada apa-apa yang berlaku.. kau tahu tak, kenapa aku macam tak boleh terima semua ni, sebab kau senyap tak pernah nak bersemuka untuk say sorry or buat penjelasan.. tapi apa yang aku dapat, hanyalah sakit hati.. paling sait hati apabila kawan-kawan sering membahana kita lagi.. padahal mereka tahu apa status kita sekarang.. disebabkan aku fikir mereka kawan, aku terima sebagai gurauan walaupun hatiku terluka.. sehinggalah sekarang...

 Betul lah apa yang orang cakap, cinta itu buta.. kini aku masih lagi boleh ada perasaan dekat kau tapi kebencian dalam diri ini telah mengikis sedikit perasaanku ini.. Aku telah patah hati, air mata yang mengalir menjadi saksi, kesedihan yang melanda diri, tiada siapa yang mengerti. sekarang aku sendiri, menghadapi kehidupan yang tidak lagi indah. Tapi aku masih lagi mampu untuk hidup kerana aku mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang menyayangi diriku, apa yang perlu lakukan sekarang adalah, dengan "BERHENTI MENGHARAP". Aku yakin aku boleh, walaupun susah dan payah serta mengambil masa yang lama, aku rasa perlu untuk mencari kebahagiaan aku sendiri..dan dengan ini terimalah aku dengan takdirmu Ya Allah.. :)

*dear awak, kalaulah awak boleh beri penjelasan sikit pada saya, insyaallah saya akan terima awak kembali sebagai kawan saya, buat masa sekarang saya hanya anggap awak seperti orang yang tidak dikenali..saya minta maaf sebab saya terpaksa buat begini*

Friday 1 November 2013

love you or hate you?

Baby I love you, I say this but
I don’t feel good at all
I want you I need you, I sing but
I don’t know why I feel bad..

Congratulations, you already are meeting someone new
I hope it works out, althought it’s a bit early
If you’re happy, that’s all I want
But I keep getting angry

Baby I miss you, why do I keep thinking about you
I can’t meet someone else, I don’t want to
Whether I love you or hate you
I can’t determine, everyday I’m still confused
I don’t know why I feel bad..

You keep showing up in front of me with your arms locked to his
This isn’t right, are you kidding me?
Oh my? Enough is enough
A pair of dirty flowers bloomed by the street
Instead of the expensive purse that I couldn’t get you
Instead of shoes I bought a pillow, wet with tears
uh why are you happy while I’m unfortunate

Baby I just want you back
I want you back I want you back
Baby I know it’s too late it
just too late it’s just too late

I pray for fight, pray for a break-up
I always pray for you to come back to me
Every neighborhoods every streets
I visit and tell people that you two aren’t doing well

So lame and loser-ish, I’ve always been a loser
I didn’t know, you’re the same, you bad girl
I will treat you better, will you meet me?
I won’t bother you, will you please come back to me?

Baby I hate you Baby I loved you
Ma baby hate you
Baby love you , who you?



23 OKTOBER 2013

tarikh kat atas ni tarikh ape eh? emm jap jap nak fikir dulu -,- hehe 
''Hah dah ingat dah tarikh kat atas ni tarikh bermula nya final exam iaitu exam housekeeping..'' ehh?? sakit hati tak kalau kita tanya awak macam tu then awak jawab macam tu.. i say man, tahu tak tarikh tu tarikh befday tasha la.. WOW SAYA DAH GENAP 19 TAHUN!!! pejam celik pejam pejam jangan celik tup tup cepat je aku nak abiskan sisa kebelasa hidup tasha. tahun depan dah TWENTY wehhh.. haih tak mau la tua nnt semua nak panggil akak.. haha acacah maembong je tasha nikan terima je lah awak tu dah tua tasha.. matang skit perangai tu.. hehe OKAY STOP!!!

now kita citer balik pasal my befday hehe.. masa malam genap 23/10 tu tasha kena pran dengan budak us dengan air rempah kari.. tahu tak tu idea tasha nk kenakan syue.. last2 tasha yg kena balik.. hahaha memang bau kari la kan.. dah la my twin tak balik pulak haritu.. esoknya tasha ambik exam housekeeping, bapak susah giler aku kasi tahu kau.. haha tapi lepas tu redha je la.. then balik nya dorang celebrate befday kiteorang, indah n nyok belanja kek, syue bg hadiah choki-choki satu kotak, mie bg coklat toblerone.. memang ohhsemm la kan dapat everything about coklat.. dah la my fevret.. lepastu tasha ngan era buat kerja jahat kiteorang calit muka dorang dengan krim kek.. tiba2 faz boleh pulak lumur rempah kunyit kat muka kiteorang.. memang heaven la petang tu main rempah kan.. tasha happy sangat waktu tuh.. tasha bersyukur tasha dapat housemate sporting habis macam us.. THANKS KORANG FOR THE PRANK AND CELEBRATE OUR BEFDAY!!! :D



dua tiga hari kemudian, celebrate befday kiteorang 3 beradik dekat KFC TS.. ibu belanja makan.. wehee thats why i love my ibu so much !!! :D


Lastly, tasha just nak ucapkan to all yang wish befday tasha dan mendoakan kesejahteraan tasha.. tasha harap tasha akan menjadi lebih matang dan matang.. hope result final exam ni lulus.. aminn :)



lama jugak la kan..

Assalammualaikum..

Annyeong.. lama jugak la tak update blog ni.. hehe bukan disebabkan busy pon cuma sifat kemalasan melanda diri ini.. sebenarnya banyak je cerita nak cerita kat sini tpi bila time tu mest otak blank tak tau nak type ape.. yang ni pon terasa nak update lepas baca blog amal.. tu yang jadi semangat tiba-tiba..

first, tasha nak cerita yang tasha dah abis sem 3.. YEAY!!!SEMESTER BREAK :D
memang la excited nak cuti dan naik sem 4, tapikan bila fikir balik sem 4 ni macam sem perpisahan sementara tasha dengan kawan kelas.. nak tau sebab apa? sebabnya sem 4 kiteorang dah mula LI, iaitu latihan industri selama 4 bulan lebih.. mana taknya kiteorang bukan LI tempat sama pon.. semua pilih jauh2 kot.. maklumlah 1tahun setengah kiteorang bersama tiba nak pisah satu sem memang sedih la kan.. seriusly tasha sedih jugak la, walaupun tasha ni kurang ada perasaan skit.. tasha harap waktu LI nnt kiteorang still contact each other.. ape susah twitter, whatsapp n wechat kan ade.. sekarang semua ada kat hujung jari je.. hehe jangan risau ye kawan-kawan semua lepas LI kita jumpa lagi kan.. ala 4 bulan tu kejap je ;)

second, bila dah tahu tasha nak LI, mesti nak kena tahu tasha LI kat mana kan.. tasha LI kat Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor, Perak..  memang pulau la kan.. tasha memang teringin sangat nak kerja kat resort, akhirnya bila LI terus dapat kat resort tu yang excited.. Mie, faz, syue n niq join tasha sekali LI kat sana.. 2/12/2013 bermula lah kisah hidup tasha bersama mereka di pulau nun jauh disana.. :)

finally, kan baru lepas final exam, tasha punya paper tak tahu lah hancor ke tidak.. hope tak la kan.. serius takut giler bila nak dapat result nnt.. serius taknak repeat balik kot.. tulah tasha oh tasha banyak main je kan sem ni.. dah nak exam lagi lah dia kuat main.. haih.. apa apa pun WISH ME LUCK OKAY!!!! :D