Assalamualaikum 2014

semoga tahun ini kita dirahmati dan diredhai Allah s.w.t :)

Tuesday 27 May 2014

Cepatnya!!!!!

Assalammualaikum.. Olla :D setelah sekian lama tasha tak update blog.. hmm bukan taknak update tau cuma tasha punya emel kena blok la.. nasib baik dah okay tau.. hehe Alhmdulillah syukur.. banyak kot memories tasha dalam ni kan memang sedih la kalau tak boleh buka dah.. ehh by the way tasha tengah cuti semester sekarang ni hmm dah sebulan jugak la.. cuma tasha buat aktiviti tanam anggur je kat rumah ni, penat dah 5 bulan kerja merantau kat pangkor sana.. sebenarnya banyak giler story tasha nak citer.. nnt tasha citer ehh.. Byee

Thursday 21 November 2013

Alhamdulillah

thanks awak sebab sudi beri penjelasan pada saya.. sebenarnya saya dah lama pun maafkan awak cuma waktu tu saya tak boleh nak terima awak sebagai kawan lagi..kalau saya cuba juga terima awak waktu tu mungkin senyum dan kelakuan saya hnyalah palsu.. saya tahu dan nampak awak cuba untuk senyum dan try buat kita back to normal macam dulu tapi awak kena tahu keadaan apa yang berlaku dulu dengan keadaan sekarang sangat berbeza.. semua benda dah berubah.. saya juga terpaksa berubah, kalau tidak saya still akan diselubungi dengan kenangan dulu dan itu hanya buatkan saya sakit dan still terluka.. mungkin awak rasa saya ego kan, sebab saya layan awak macam nk tak nak.. bukan saya nak jadi macam tu cuma saya tak nak menaruh harapan pada awak.. Awak ada ckp awak tak pernah niat nak mainkan saya..tipu la saya ckp saya tak pernh rasa dipermainkan..tp sikit je lah yg lain pon cuma just skit hati dengan ape yg terjadi.. now saya lega sebab awak dah tampil memberi penjelasan walaupun just kat twitter.. Thanks for being gentlement.. Dan saya juga nak minta maaf pada awak kalau ada silap salah..Now kita 0-0 okay.. insyaallah saya cuba untuk terima awak sebagai kawan sebab saya tahu awak adalah kawan yang baik.. terima kasih la sebab doakan saya dapat lelaki yang baik,tp buat masa sekarang saya dah tak nak ada hubungan apa-apa lgi buat masa ni.. saya nk tumpu perhatian dengan pelajaran saya.. kalau ada jodoh yang datang sendirinya, insyaallah saya terima dengan hati yang terbuka.. saya juga harap awak bahagia dengan kekasih hati awak, awak adalah lelaki yang baik.. semoga kekal hingga ke anak cucu dan janganlah sakitkan hati dia kerana hati perempuan sangat la sensitif.. jaga dia baik2 okay.. sampai disini je la.. thanks again and bye bintang :)

Monday 11 November 2013

ciri-ciri lelaki yang baik

"Semoga dikurniakan suami soleh yang membimbing saya dunia dan akhirat."

Jawaban begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumah tangga ataupun pengantin baru.
Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahu suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?
Cuba kita lihat apa yang terjadi dalam sebuah rumah tangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah SWT.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah SWT. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi, lelaki soleh akan menyuruh, malah terkadang sampai memaksa isterinya untuk menunaikan solat.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi, suami yang soleh tidak akan sekali-kali membenarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Juga berhias dan ber'make-up' tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri menututp aurat. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dahulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi apabila doa anda dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Tutur Kata juga mesti sopan, melambangkan pribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan martabatnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan martabatnya

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tau membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggung jawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, jangan hanya mementingkan paras rupa, terima apa adanya rupa dia.

Pesanan :
seorang lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN

  1. TIDAK AKAN berani pergi "dating" dan bercouple berdua-duaan
  2. TIDAK AKAN membonceng motor bersama2 dengan perempuan yang bukan muhrim
  3. TIDAK AKAN bergaul bebas dengan perempuan yang bukan muhrim
  4. TIDAK AKAN mengajak keluar bersama2 pergi ke pasaraya, menonton wayang, makan berdua-duaan dan sebagainya
  5. TIDAK AKAN berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang perempuan
  6. TIDAK AKAN berani memukul atau mencederakan perempuan.
  7. TIDAK AKAN berani untuk tidak menghormati orang yg lebih tua dan perempuan.


SEKIRANYA 7 CIRI2 INI ADA PADA PASANGAN ANDA...
KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK AKAN TETAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI2 TERSEBUT...
SEKIAN

"KEPADA WANITA JADIKAN DIRI ANDA BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN"

Adakah kita anak yang soleh dan solehah?


Manusia dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu bapa bagi yang bertuah manakala yang kurang bernasib baik, ibu yang melahirkan akan dijemput Allah SWT. Maka beruntunglah ibu itu menjadi syahid saat melahirkan anak. Kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan tanpa memikirkan kesenangan diri sendiri, ibu dan ayah memenuhi hidup kita dengan kehendak yang kadang kala di luar kemampuan mereka.

Sebuah cerita, anak membunuh ibunya lalu di ambil hati ibunya untuk dijual, dalam perjalanan anak itu dia terjatuh. Lalu hati ibunya berkata "Hai anakku, lukakah kamu?". Mulia sungguh ibu kerana biarpun dia terluka namun tidak pernah terdetik dalam hati mereka dengan kebenciaan malah diselaputi dengan kasih sayang.

Masihkah kita ingat siapa yang membersihkan najis kita ketika kita tidak berupaya? Seorang ibu dengan anak seramai 10 orang mampu membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Sebuah cerita lain, digorengkan anak-anaknya denga ikan goreng lalu diberinya anak-anak mereka makan sehingga kenyang. Manakala ibu hanya berkata, "Makanlah anak ibu, ibu dah makan tadi!' Ibu kita membohongi kita demi anak-anaknya.

Anak mula belajar di pusat pengajian tinggi, demi kejayaan anak ibu bapa sanggup mengadai emas, tanah dan rumah semuanya kerana anak-anak. Sehingga berjaya anak itu.

Kini kita telah dewasa, saat gemilang telah tiba dan kerana ayah dan ibu kita berjaya. Berapa kalikah seminggu anda menghubungi mereka? Anak-anak pun telah berkahwin, bahagia dan disamping isteri dan suami yang cantik dan kacak. Ibu dan ayah bangga tersenyum dapat menantu-menantu yang cantik dan kacak. Biasalah, ibu bapa mestilah bangga bila orang kampung semua memuji. Biarlah mereka, sedang bahagia melihat kebahagiaan nak mereka.


Ibu dan ayahmula sakit kerana usia mereka yang telah lanjut. Anak-anak makin sibuk, semakin sukar hendak pulang melawat mereka dan membuat panggilan. Terguris hati mereka dan terasa seperti dilupakan. Hati mereka sedih.

Ayah telah pergi meninggalkan dunia, tinggalah ibu seorang di rumah, manalah anak-anaknya seramai 10 orang itu. Hati si tua semakin sedih dan mudah terasa. Bertanya dia, hai anak lupakah dikau dengan ibumu yang seorang ini..

Ibu jatuh sakit, tidak berdaya dia untuk menguruskan diri. Anak-anak berkejar-kejar pulang ke kampung.. Bergaduh sesama mereka, along salahkan angah, angah salahkan achik dan berterusan sampai ke bongsu. Cucu-cucu si nenek hanya senyap melihat gelagat ayah dan mak mereka.

Keputusan dibuat, ibu dihantar ke rumah orang-orang tua. Ibu semakin sihat dan ceria kerana ditemani oleh kawan-kawan dan anak muda yang sanggup menjaga mereka di rumah orang tua. Setiap bulan ada saja antara anak-anak ibu melawat, ibu seronok kerana cucu-cucu ada bersama walaupun seketika. Berkata cucu kepada anak si ibu "Ayah nanti ayah dah tua macam nenek, Aiman kena hantar ayah di sini juga ke?" Lalu terkedu si ayah.. Aiman pun berkata "Aiman Tak Kisah"

Antara kita, berapa ramai yang sudi basuh najis ibu dan ayah mereka? Berapa antara kita yang sanggup jaga mereka dan berapa ramai menantu yang sanggup menjaga mertua mereka? Renung-renungkan lah.. perbaiki sikap kita kepada ibu dan bapa kita.. ingat KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH BAPA DIBAWA SEPANJANG MASA".

Saturday 2 November 2013

percaya pada diri


hey! awak. berhenti untuk tidak berpuas hati dengan diri sendiri. Awak sempurna. Hentikan keinginan awak untuk kelihatan seperti orang lain atau ingin orang menyukai awak seberapa banyak yang mereka suka orang lain. Hentikan cuba untuk mendapatkan perhatian dari orang-orang yang menyakiti anda. Hentikan membenci badan anda, wajah anda, keperibadian anda, sifat-sifat anda. Cinta mereka. Tanpa mereka awak tidak akan berada di sini. Dan mengapa awak mahu menjadi orang lain? yakin dengan diri awak. Tersenyum. Ia akan menarik orang masuk. Jika sesiapa benci pada awak  kerana awak  gembira dengan diri sendiri maka pergi lantak lah mereka. Kebahagiaan saya tidak akan bergantung kepada orang lain lagi. Saya gembira kerana saya suka siapa saya. Saya suka kelemahan saya, saya suka ketidaksempurnaan saya. "They make me, me and 'me' is pretty awesome."