Assalamualaikum 2014

semoga tahun ini kita dirahmati dan diredhai Allah s.w.t :)

Thursday 30 May 2013

Tahniah buat Kawan-kawan PMKL


By the way, tasha nak ucapkan TAHNIAH pada semua kawan-kawan tasha yang resultnya meningkat dan yang pastinya sesiapa dapat AKJ.. congrate korang !! :D bagi yang menurun jangan lah bersedih okay, takpe sem depan kita usaha lebih giat lagi agar dapat result yang terbaik.. Budak PMKL memang pandai-pandai dan Ohhsemm !!! :D

Syukur padamu Ya Allah :)


Alhamdulillah.. itu sahaja yang mampu tasha cakap apabila buka emel dan tengok result.. Sumpah nervous gila time nak buka tu.. berdebar-debar jantung tasha.. bila buka je, Ya Allah aku bersyukur padamu kerana semua subjek lulus dan pointer untuk sem ini meningkat sedikit... walaupun tak dapat dekan macam kawan yang lain tapi tasha tetap bersyukur dengan hasil usaha tasha.. pointer naik sikit sebab tasha banyak main la sem 2 ni.. insyaAllah sem 3 nanti akan kurang kan main.. hehe Alhamdulillah tasha dapat 3.37.. okay sikit berbanding sem lepas 3.22.. hee Apa2 pun tasha nak ucap jutaan terima kasih kepada semua lecture dan kawan yang banyak memberi tunjuk ajar.. :)

just see this 





Wednesday 29 May 2013

waiting and waiting.....



hey hey.. :) Setelah berkurun lamanya tasha menunggu dan menunggu.. "haihh sumpah lambat.. benci la macam ni.." maybe tasha akan cakap macam tu kalau perlu tunggu perkara lain.. tapi di sebabkan ini ada kena mengena dengan masa depan tasha.. tasha rela menunggu setahun sekali pon.. ececehh banyak la setahun.. baru dua hari mehh.. nak tahu tak tasha tengah tunggu apa? hmm tasha tengah menunggu result semester 2 akan keluar.. sepatutnya semalam, tapi disebabkan poli kami ni kecil aja.. dan tangan yang menghantar emel kepada kami hanya lah dua tangan sahaja.. itu yang sebab lambat tu.. sabar punya sabar sampai lah petang ni.. baru dapat berita budak junior dah dapat result..  Alhamdulillah.. paling lambat pon maybe malam ni aku akan tahu result aku.. sabar okay tasha.. :) Tapi bila sebut pasal result, rasa nak mati hidup balik pon ada ni.. haih takut giler wehh.. tasha cuma harap lulus semua subjek tu pon dah okay.. kalau dapat maintain macam semester lepas tu dah BERSYUKUR SANGAT.. Ya Allah, aku akan terima apa adanya result aku.. dan aku berharap hasil usaha aku selama 6 bulan tidaklah sia2 dengan keputusan yang bakal aku dapat nanti.. aminn.. :)

berangan sampai ke bintang..


hee ada yang cakap tasha ni kuat berangan.. berangan tak salah kan.. biarlah berangan sampai ke planet pluto sekali pon.. selagi kita tak kacau orang tu okay la dan tak salah disisi undang-undang pon kan.. hehe apabila berangan tasha bukan berang cikai2 je.. berangan tasha sampai ke bintang wehh.. hahaha cuba kita fikir, boleh ke kita ke bintang.. begitu la angan-angan tasha..

Macam tasha la..selalu sangat berangan akan menjadi Chef yang terhebat dan serba boleh.. Chef yang akan berkerja di negara yang angan-angankan, Korea dan France.. hehe Tasha juga berangan nak sangat bawa industri makanan halal islam di Malaysia ni ke persada Antarabangsa.. insyaAllah kalau kita usaha pasti boleh.. ada juga yang kata "dreams are only dreams until you wake up and make them real".. so kita bukan hanya perlu berangan je, tapi kita perlu usaha juga di dunia yang nyata ini.. :)

"DON'T LET YOUR DREAMS BE DREAMS"

sometimes i just hate myself !!



"tasha?its me? ohh okay i hate you, dear.." sometimes i just hate myself.. i dont know why.. i have no reasons for hating myself.. I think i hate my self for doing my own mistakes..  I hurt people but I don't notice it.. what damn huh.. yah I know I am.. U don't need to tell me but I'm happy to be one of the dammest person in the world coz I just realize Ilearned to be damn strong..

 kadang-kadang pasti akan terjadi apa perkara yang kita buat orang tak suka.. dan apabila orang tak suka kita, kita akan mula benci diri kita.. kenapa? tasha pon tak tahu la.. kemungkinan juga kita rasa kita tak sempurna apabila ada yang membenci kita.. dan kita akan mula menyalahkan diri kita tanpa sebab.. tasha selalu rasa macam tu.. apabila tasha rasa orang benci tasha, tasha akan cuba cari dan mencari apa masalah yang tasha buat pada orang itu.. bila tasha dah penat berfikir, tasha akan rasa down giler.. rasa nak jerit je.. tasha benci kalau benda macam tu berlaku.. dan waktu itu tasha benci diri tasha bila tasha tak sedar apa kesalahan yang telah  dibuat pada orang lain.. kadang-kadang tasha tanya diri tasha dengan persoalan "apa yang aku dah buat''.. tapi pada akhirnya tasha rasa tasha tak patut salahkan diri sendiri, mungkin tasha hanya perlu perbaiki diri dan memohon maaf kepada sesiapa yang tasha rasa bersalah padanya.. dengan itu mungkin tasha akan berasa lega.. :)

Dan kita perlu tahu, sebenci-benci kita pada diri sendiri.. janganlah kita sampai menyakiti diri kita.. cuba dan berusaha cari apa masalahnya.. mungkin boleh luahkan segalanya pada insan yang kita percaya.. insyaAllah kita akan berasa lega dan puas dengan diri sendiri :)




Thursday 23 May 2013

berat dah naik wooo!!!

assalamualaikum

hey hey :) dekat seminggu juga la tasha tak update story kan.. hee bukan tak nak update, cuma broadband malas nak topup la..hahaha haih si pemalas tasha ni.. :D okay tasha nak cerita ni pasal berat badan tasha naik woo.. hmm tak pernah2 sampai 50 kot.. haih ape benda lah yang tasha makan sampai berat naik giler ni.. agaknya tasha makan monster kot tu yang berat naik mendadak macam tu..haha sampaikan timbang depan ibu haritu, ibu boleh bantai cakap, "ehh kaklong ni beratnya, dulu ibu masa baye2 kau dulu berat 40 maintain je.. takde la berat sampai 50 ni" haih ibu ni tengok kaki la.. kaki along yang panjang ni dah berapa kilo pulak kan.. cuba tengok tinggi pulak, tinggi along ngan ibu beza kot.. hehe lagipon bak kata abah "along ni tulang dia yang berat bukannya berat lemak"..haha sayang abah backup along.. huihui :D

mulanya memang tasha ada bercadang nak memberatkan diri sikit, sebab waktu derma darah masa semester 1 dulu berat tasha 43..sumpah tak caya kenapa ringan pulak berat badan tasha.. waktu form 5 dulu berat tasha 46-48 then bila masuk semester 1 berat boleh kurang macam tu..memang tasha tak percaya la cerita dia.. yela masa nak derma darah tu, baru je ingat nak derma darah walaupun dalam hati takut nak mati,muka pucat habis wehh..haha last2 bila timbang, akak tu cakap tak cukup berat dik.. then rasa lega tapi terkilan tak dapat derma darah buat kali pertama.. hmm takpe this year kalau ada lagi boleh la derma darah.. yeahh "TASHA SENTIASA BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DAN BANGSA"..haha acah2 je kan..

ehh kita sambung balik pasal berat badan ye.. hmm tasha pon berusaha la makan banyak untuk tambah berat kan.. tapi tasha ni jenis tak boleh makan banyak sekali gus.. cuma dalam sehari tasha boleh 5-6 kali sehari.. hehe tak kira la makan apa,yg penting tasha mesti makan setiap masa..semester 2 tasha rasa paling banyak makan.. entah kenapa tapi rasa nak makan je.. sampai kan pipi tembam wehh.. satu je kalau berat tasha nak naik, pipi mesti tembam dulu..lawak okay kalau pipi tasha tembam.. hahaha

now tasha rasa tasha kena diet balik untuk turun kan kepada 45 balik.. tasha takda lah diet mana just puasa 2 kali seminggu je la.. hmm berhasil ke? insyaallah dengan niat yang betul pasti akan berhasil.. :)
sampai sini je la cerita tasha.. TATA :D

Friday 17 May 2013

giler cerita SSID !!! :)

hello :D

weehee tasha nak cerita, sekarang famous giler pasal SSID.. yela mana taknya, kalau sesiapa peminat novel mesti rasa excited giler dengan SSID ni.. lagi-lagi la bila tv3 dah show kan novel SSID ni.. tambahan lagi, hero dia memang hensem la cerita dia.. Izzue Islam(Forteen) sebagai Firash Arshad.. dan sesiapa jejaka-jejaka yang minat dengan pelakon cantik molek Tizz Zaqyah sebagai Syaf.. dorang comel giler.. korang wajib tengok la cerita ni.. try la best.. mesti korang tak sabar apa yang jadi seterus dan seterusnya.. layan sinopsis dulu okay.. then jangan lupa tengok tau setiap hari jumaat pukul 9mlm :)


Sinopsis Drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia TV3 
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. 
Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. 
Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. 
Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. 
Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. 
Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai. 
Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti. 
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. 
Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan. 
Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. 
Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. 
Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul. Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?

nak tau seterusnya sila lah tonton SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA,okay?.. :D








Monday 13 May 2013

Cooking and Eating

   



Satu benda yang tasha perasan, setiap kali lepas tasha masakkan makanan untuk keluarga, mesti macam tak lalu makan sangat. Lagi excited nak mengadap diorang makan sambil menatap muka puas memasing.. hahaha acah-acah nak tunggu kritikan dari juri.. kadang-kadang dapat komen best dan menyedapkan telinga, kadang-kadang ada juga yang menyakitkan hati.. tapi sabar je lah ni lah cabaran untuk seorang yang bergelar tukang masak..hahaha acah-acah je tasha ni.. hah tasha dah tau apa alasan tasha apabila tasha masak then tak berapa lalu makan sebab:-

 1) Dah tahu rasa masakan itu waktu altering the taste.
 2) Dah terasa penat masak.
 3) Bau badan sendiri dah macam bau kenduri.

kadang-kadang tasha lebih suka masak untuk orang lain makan.. lagi-lagi lah kalau orang yang tasha sayang.. sebab tasha happy sangat bila tengok orang lain berselera makan masakan tasha.. baru la tasha faham, dulu kenapa bila ibu masak, dia tak lalu makan.. now tasha dah dapat jawapannya.. ibu pon mesti happy bila tengok anak2 dia makan masakannya dengan berselera.. tasha harap tasha dapat menjadi tukang masak yang serba boleh dan membahagiakan orang lain dengan makan masakan tasha.. Amin... :)

new group :D



uBEAT – Should’ve Treated You Better 

Neo wae, neo wae, neoneun wae (dodaeche wae)
Neo wae, neo wae, neoneun wae (nareul dugo)
Urin kkeuchingayo heeojin geol aljiman
Jeongmal kkeuchingayo dasin bol sun eomnayo
Urin kkeuchingayo neomu saranghaneunde
My girl, my girl
Urin eojjeoda ireoke dwaennayo
Neoui jip apeseo oneuldo gidaryeo
Neoreul hoksirado jamkkan bol su isseulkka
Dareun sarami saenggin geon anilkka
Ireon jeoreon saenggakdeuri
Nareul deouk himdeulgeman hae baby
Sesange jonjaehaneun eotteon mallodo geu
Daereul pyohyeon hal sun eobtjyo
You way too beautiful
Nan ajikdo ne saenggak ppun
Ibyeoreul badadeurijil motae
Jeoldae nochi motae neowa nae inyeonui kkeun
Bogiboda jilgyeo
Ireokeneun mot bonae kkeutnael su eobseo
Ireon naega utgyeo jajonsim?
Ittan geotdeul na da naeryeonwasseo
Uri saranghaetdeon geuttaero na imi doragasseo
Urin kkeuchingayo heeojin geol aljiman
Jeongmal kkeuchingayo dasin bol sun eomnayo
Urin kkeuchingayo neomu saranghaneunde
My girl, my girl
Urin eojjeoda ireoke dwaennayo
Tteugeowotdeon immatchumdo naege bein ne hyanggido
Ajik geudaeroinde eotteoke haran mariya
Ije na eotteokhaeyo geunyang ijeuran mariya
Chingudeuri naege malhae
Geureol su eopdan geol almyeonseodo
Swipge jeongnidoelgeora saenggageun anhaesseo (anhaesseo)
Ani charari ichyeojigireul baraesseo (baraesseo)
Myeochiri jina beolsseo neon nal ijeonna
Ajikdo niga nawa gatgil baraneun motnan naraseo
(ajikdo niga nawa gatgil baraneun motnan naraseo)
Wae maeil oppan geurae wae hangsang naega du beonjjae
Wae jakku naege soholhae
Nunmul seokkin neoui oechime
Naneun tto hal mareul irheo
Ajik neol saranghaeseo mianhae (saranghaeseo mianhae)
Urin kkeuchingayo heeojin geol aljiman
Jeongmal kkeuchingayo dasin bol sun eomnayo
Urin kkeuchingayo neomu saranghaneunde
My girl, my girl
Urin eojjeoda ireoke dwaennayo
Isseul ttae jalhae jul geol
Tteonago nan dwie ireoke huhoehalgeomyeonseo
Isseul ttae jeongmal jalhae jul geol oh yeah
Naege jebal doraoran mallya oh yeah
I don’t wanna say bye bye
Huuuhuuu
Hoksi neodo nawa gatdamyeon
Idaero neowa naega kkeuchi aniramyeon
I don’t wanna say bye bye
Huuuhuuu
Idaero neowa na kkeuchi aniramyeon
Jebal butagiya
Naege dasi dorawajwo (naege dasi dorawajwo) 

eng translation
Why, why, why (exactly why)
Why, why, why (did you leave me)
Is it over? I know we broke up but
Is it really over? Can’t I ever see you again?
Is it over? I still love you so much
My girl, My girl, how did we end up like this?
Again today, I wait in front of your house
In case I might be able to see you for a moment
I wonder if you found someone new
These kinds of thoughts make things harder for me baby
No word that exists in this world can express you
You way too beautiful, I’m still only thinking of you
I can’t accept our break up
I can’t ever let go of us
I’m tougher than I look, I can’t let you go like this, I can’t end it like this
Even I think I’m ridiculous – pride? I’ve let it all go
I’ve already gone back to the times when we were in love
Is it over? I know we broke up but
Is it really over? Can’t I ever see you again?
Is it over? I still love you so much
My girl, My girl, how did we end up like this?
Our hot kisses, your scent that remains with me
They’re all staying the same so what do you want me to do?
What do I do now? Just forget about her
That’s what my friends say even though they know i can’t
I didn’t think it’d be easy to get over you
I hoped that I would just forget about you
A few days passed – have you forgotten me already?
Because I’m a bad guy who hopes that you’re the same as me
(Because I’m a bad guy who hopes that you’re the same as me)
“Oppa, why are you always like that? Why am I always second?
Why do you keep ignoring me?”
I have nothing to say at your tearful words
I’m sorry that I still love you (sorry that I love you)
Is it over? I know we broke up but
Is it really over? Can’t I ever see you again?
Is it over? I still love you so much
My girl, My girl, how did we end up like this?
I should’ve treated you better
If I knew I was gonna regret after you left me
I should’ve treated you better oh yeah
Please come back to me, oh yeah
I don’t wanna say bye bye
If you feel the same way,
If this isn’t the end of you and me
I don’t wanna say bye bye
If this isn’t the end of you and me, then please
Come back to me (come back to me again)

First time ke Genting

assalamualaikum dan hi hi hi..

11 Mei 2013 bersamaan hari sabtu.. tasha dan family bercuti ke Pahang.. kami memang tak rancang pon nak ke mana2 cuma yang kami tahu kami nak pi makan angin kat Pahang.. dalam perjalanan abah tanya, "korang nak pergi genting tak?".. haha kiteorang jenis tak kesah, so "abah bawak je lah kiteorang ikut je".. then bermulalah perjalanan kami ke Genting highland.. pehh panjat bukit tinggi pulak, dah la kami naik kereta buatan malaysia je, seram pulak kang kereta menjunam ke gaung.. masa tu kami banyak2 berdoa agar sampai dengan selamatnya.. :)

akhirnya kami sampai :) sejuk baii.. o_o  dah la pakai selapis je baju.. hari tu kabus tebal sangat memang sejuk la cerita dia kan.. sampai-sampai ibu cakap, "lama jugak tak pergi kan abah, dulu last kita pergi waktu kaklong baby lagi"  ohhh kiranya ni second time la tasha pergi ye.. baru tau ya tapi memang tasha tak ingat la citer dia kan waktu baby kot.. hahaha so ni kira macam first time jugak la.. aku selalu dengar cerita dari kawan2 je.. kadang ada la jugak cemburu sikit.. hahaha bila dah pergi agak best la jugak.. tasha main banyak jugak la game kat situ.. penakut-penakut ni pon nak jugak main roller coaster, tapi bila dah sekali cuba memang seronok la kan.. cuma tasha tak try space shot je.. sebab tu nampak membahaya kan ..hahahaha padahal penakut.. lain kali nak pergi dengan kawan-kawan pulak.. sebab kalau pergi ngan kawan-kawan ni semangat dia lain macam sikit.. hehehe.. bila pukul 10 malam kami turun dari genting, sebab dah beku kesejukan dan penat tak terkira.. percutian kali ni memang best la walaupun kami hanya pergi satu hari.. pengembaraan satu hari yang amat menggemparkan..  :D thanks ibu dan abah sebab bawa kami bercuti ..

ni sedikit gambar yang tasha ambik kat genting :D

Sunday 12 May 2013

ibu, MY SUPERHEROIN

assalamualaikum..

 tasha nak cerita pasal hari ibu.. seperti ada yang cakap, hari ibu ni tak patot diraikan oleh org islam.. bagi tasha, boleh kalau hendak menyambut tapi dengan niat kita nak meraikankan dan menghargai jasa ibu kita yang telah melahirkan dan menjaga kita dari kecil hingga la sekarang.. hari-hari adalah hari ibu, cuma satu hari ni adalah hari istimewa untuk seluruh ibu di dunia.. :)

tasha pon ada ibu juga.. ibu adalah ibu yang melahirkan tasha pada 23 oktober 1994.. ibu seorang yang sporting, cantik, ohhsemm, kadang-kadang ibu je seorang yang sangat tegas pada sesuatu pekara.. bagi tasha ibu bukan sahaja ibu kepada tasha dan adik-adik.. tapi ibu adalah kakak dan sahabat tasha yang paling terbaik.. kalau ada pape cerita tasha akan cerita dekat ibu... no more secret.. :D ehh adalah sikit yang tak perlu ibu tau tasha tak cerita.. hehe diam-diam sudah.. tasha rasa tasha terlalu bnyak buat salah pada ibu..tasha sayang giler kat ibu.. kalau takda ibu, mungkin tak wujud lah NATASHA LYANA BINTI SUKIMEN yang cantik dan comel ni..hahahaha :D

ni lah ibu tasha.. cantik kan :D


TO ibu,
IBU KAKLONG MINTA MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI.. TERLALU BANYAK SALAH ALONG BUAT PADA IBU.. MAYBE ALONG ADA TERTIPU IBU, TERBOHONG IBU, TERMARAH IBU, DAN TERBUAT IBU SEDIH..ALONG MINTA MAAF SANGAT SANGAT.. IBU ADALAH IBU YANG PALING TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK IBU.. KADANG-KADANG ALONG TERFIKIR IBU SELALU BELIKAN APA JE YANG ALONG NAK, TAPI ALONG TAK PERNAH FIKIR, IBU ADA DUIT KE TIDAK WAKTU TU.. ALONG JUGAK TAK BERMAKSUD NAK SAKITKAN HATI IBU..ALONG MINTA MAAF IBU.. ALONG AKAN BERUSAHA MENJADI ANAK DAN KAKAK YANG TERBAIK DAN SOLEHAH UNTUK KELUARGA KITA.. ALONG AKAN CUBA MENCAPAI CITA-CITA ALONG SEBAGAI SEORANG TUKANG MASAK YANG SERBA BOLEH.. ALONG NAK IBU DAN ABAH BANGGA DENGAN ALONG.. ALONG JUGAK NAK JADI CONTOH DAN TELADAN UNTUK ADIK-ADIK ALONG.. ALONG JUGA SELALU MENDOAKAN KEBAHGIAAN  DAN KESEJAHTERAAN IBU DAN ABAH.. TERIMA KASIH IBU,KERANA TELAH MENJADI IBU YANG TERBAIK UNTUK KAMI LIMA BERADIK.. ALONG SAYANG IBU SANGAT SANGAT..SELAMAT HARI IBU.. IBU RATU HATI KAKLONG :*

ya Allah, kau tempatkan lah ibu bapa ku ini ditempat yang terbaik diantara yang terbaik.. mereka adalah insan yang menjagaku dengan baik sehingga aku telah berjaya menyambung pelajaran ke ipt..halalkan rezeki yang mereka telah berikan padaku dan adik-adikku.. ya Allah kasihi dan ampuni lah dosa mereka.. aku sangat sayang pada mereka.. kau bukakan lah pintu hati mereka untuk beriman padamu.. aminn ya rabbal alaminn :)






Tuesday 7 May 2013

hantu "ice cream"

assalamualaikum..

hey hey. :D tasha's here.. haha harini tasha nak cerita pasal hantu aiskrim.. hantu aiskrim adalah tidak sama dengan hantu-hantu lain di luar sana, sebab tashalah hantu aiskrim tersebut.. hehe semua orang mesti suka aiskrim kan.. kalau tanya dari budak kecik sampai lah orang dewasa, percayalah cakap tasha semua suka aiskrim..Definisi aiskrim dari istilah tasha sendiri ialah "aiskrim ni makanan yang menyejukkan tekak dan badan kita apabila panas serta apabila kita makannya kita akan rasa happy.." hahaha tak percaya ke? cubalah makan aiskrim, sedap.. pehh heaven giler kalau dapat makan aiskrim.. :D

Tasha tahu mesti ada yang ingat tasha ni macam budak kecik kan?kan? hahaha tasha tak kesah pon orang nak cakap macam tu, yang penting diri tasha.. buat apa nak kesah orang lain cakap kan.. just be yourself sudah la.. :) tasha tak tahu la kenapa tasha suka sangat makan aiskrim.. hehe apa yang tasha rasa bila tasha makan aiskrim, tasha akan rasa sejuk sangat lg-lg la summer time kan.. yela summer time kat malaysia ni lain macam sikit panasnya, tak macam kat korea tuh(hehe acah-acah macam pernah pergi korea pulak).. lagi satu bila dapat aiskrim, makanan yang sedap ada depan mata pon tasha tak layan tau.. hahaha giler tak giler kan tasha ni.. yela bila sesuatu yang kita suka ada depan mata, yang lagi better kat depan mata pon boleh tak nampak..



dulu tasha giler sangat kat coklat cadburry tapi disebabkan selalu sakit gigi, hmm terpaksa lah kurangkan.. tp aiskrim tak boleh nak stop la citer dia.. wajib kena makan.. hehe aiskrim ni boleh jadi pengubat tasha tau.. betul tasha cakap, tasha pon baru tahu juga.. ada masa tu tasha stress sangat, bila makan aiskrim, rasa lega giler.. .masa sem 2 ni tasha banyak juga la abiskan masa dengan makan aiskrim.. hehe..  selalu makan dengan zett dan faz.. kiteorang suka giler makan aiskrim Paddle Pop Rainbow.. sedap wehh tasha suka giler.. yummy :D kalau nak yang sedap lagi, tasha akan pergi Mcdonald makan aiskrim.. yang paling tasha suka semestinya Sundae choclate and Mcflurry oreo.. hehe


sundae choclate.. kalau pergi mcD wajib beli ni..hehe

oreo mcflurry.. yang ni kalau teringin sangat baru lah beli.. tapi  kalau dan makan ni mesti kenyang giler.. :D
walaupun tasha hantu aiskrim, tapi tasha kurang suka sikit  Tutti Fruity dan Baskin Robbin ni, haih maklumlah aiskrim mahal kan manalah tasha mampu.. tapi kadang-kadang teringin la jugak.. tapi nak buat macam mana kan kita perlu bersyukur apa yang kita mampu.. mungkin bila dah ada duit sendiri nanti baru lah boleh makan aiskrim tu.. haha Disebabkan tasha ni hantu aiskrim, tasha pernah cari resepi untuk buat aiskrim sendiri.. tasha try buat aiskrim guna tepung susu, susu dutch lady dan oreo.. jadilah jugak cuma tak seperfect aiskrim yang berjenama tu la.. tapi sedap tau cuma manis giler..  takpe-takpe nanti bila tasha dah jadi chef tasha nak buat aiskrim dengan resepi tasha sendiri.. harap-harap lakan.. aminn :)



TIPS
korang nak tahu tak? aiskrim ni pon boleh maencairkan hati seseorang jugak tau.. hmm macam tasha la tasha tak makan sangat ayat-ayat manis ni.. tasha makan aiskrim yang manis je.. hehe cuba try kalau orang yang tersayang korang marah atau merajuk, try bg aiskrim.. gerenti cair punya lah.. then dorang pasti bertambah sayang kat korang.. hee tips ni bagu tau.. renung-renungkan dan selamat beramal.. :)



Saturday 4 May 2013

rindu di hati ini



Assalamualaikum..

hai awak awak dan awak.. tahu tak tasha sekarang dilanda kerinduan.. hmm rindu siapa? tepuk la dada tanya hati.. bukan hati awak tapi hati tasha la.. hehe kenapa perlu rindu? perlu ke rindu orang yang tak kan rindu kita awak.. tasha tahu dia tak rindu tasha macam mana tasha rindu.. hmm payah kan.. kalau lah orang tu boleh dengar atau baca kata hati tasha ni kan bagus.. sebab kalau nak harap tasha meluahkan rindu pada orang tu memang tak la kan.. bukan apa la cuma tasha ni ego sikit.. tasha susah la nak terlibat dalam hati dan perasaan ni.. takut akan permainkan atau dipermainkan perasaan.. nanti hati orang terluka siapa susah? tasha juga kan.. so baik elakkan diri sebelum terjadi.. 

Tasha tahu tasha perlu berubah dan berfikiran matang kan.. tapi takut la awak.. takut sangat-sangat nanti orang tu luka hatinya sebab tasha.. mesti awak nak ckp tasha ego kan? ye tasha ego..awak boleh tolong tasha tak tolong la suruh orang tu lembutkan hati batu tasha ni.. tasha nampak je lembut, tapi hati batu tauu.. dont judge me by my appearance.. awak lagi satu boleh tak tolong tasha, bagi tau kat orang tu, "tasha rindu giler-giler kat dia" hinggakan tak tahu nak sampaikan rindu tu macam mana awak.. 



HEI ORANG!!! TASHA NAK BAGI TAHU SESUATU NI, AWAK BACA ELOK-ELOK TAU,
TASHA TERSANGAT-SANGAT RINDU RINDU KAT AWAK!!! dan tasha harap awak pon macam tu jugak.. tasha hanya mampu mendoakan awak.. sebab tasha ada baca satu artikel ni, kalau kita rindukan orang yang kita sayang kita perlu mendoakan dia.. saya harap awak hidup baik disana, insyaallah kalau ada umur yang panjang kita jumpa lagi sebulan okay.. aminn.. saya sentiasa menunggu awak :)

peliks? me? yes i am..

yeahh this is me NATASHA LYANA BT SUKIMEN... terkejut?? hehehe ''comel tak kak ton?" hahaha ini adalah post semata-mata.. bukan untuk mencari gelamer atau publisiti.. haihh maklum lah tasha bukan lah RETIS.. kih kih kih.. tengok je la okay.. kalau rase tasha terlebih over, ampunkan lah tasha.. sebab tasha buat ni hanya untuk menghiburkan diri ini.. hehe jom... jom kita mengundi... oppss salah pulak.. jom kita tengok gambar la.. :D

1. ayu tak? ;)
2. oh my, saya ditembak.. :O
3.macho tak tasha??hehe
4. peace no war :)

1.smile for all
2. i think :(
3. smile again and again
4. shhh.. my babyboo is sleep.. :)

1. i dont know how to smile
2. fake smile part one
3. peace and peace
4. fake smile part 2

1. double V for you
2. shah alam, peace yo
3. thinking of you
4. look at you.. smile :)

                                   

beautiful is you not me..  :)


US baru is OHHSEMM! Part 1

Assalamualaikum,

hai hai.. seperti entry diatas.. tasha nak citer pasal US baru.. hehe kami akhirnya keluar jugak dari reban ayam tu.. fuhh selamat dari tuan rumah sewa yang cekik darah.. Mana taknya setahun kiteorang duduk just ada katil, dan dua tandas je pastu bayaran RM270-RM230 wehh.. 6 bulan pertama superb ohhsemm sebab dalam umah tu ada grup kiteorang je, still ada pantri, tempat belajar dan ampaian.. tapi bila 6 bulan seterusnya (masuk sem 2 la kiranya), junior dah start masuk, mulanya ingat 2-3 orang.. sekali gus berbelas orang masuk us, pehh macam rumah bangla pon ade tasha cakap..iyelah dalam satu rumah ada 27 orang yang tinggal.. korang kena tengok sendiri, hmm tak payah lah kot, takut korang pengsan je nanti.. hahaha :D

okay now nak sambung cerita balik pasal US baru.. hehe excited tak tasha? padahal sebulan lagi baru duduk situ tapi kiteorang dah sewa rumah tu sebulan awal.. yela untuk pindah barang dan kemas-kemas kan mesti ambil masa.. bila dah cerita pasal rumah ni mesti nak tahu kat mana kan?kan? hehe alamat US baru dirahsiakan untuk ambil langkah berjaga-jaga la katakan..haha acah-acah je kan tasha ni.. takda lah, cuma ada sebab tertentu yang tak boleh bagi tahu.. nanti korang akan tahu jugak la.. cayalah cakap tasha.. US baru ni tasha gelarkan penthouse.. hehehe mana taknya, rumah kiteorang tingkat 18 wehh.. OHHSEMM tak?? hahaha dorang semua terkejut..wat lek ar kalau lift rosak, sama-sama kitaorang tidur dalam lift eh..haha dorang cakap ni mulut tasha lah masin sangat cakak rumah tingkat 18, hah kan betul-betul dapat.. padan muka kita.. kih kih kih sory korang :p



tasha nak tunjuk video yang tasha rakam masa tengok rumah, tapi di sebabkan iphone kesayangan rosak, so video tak dapat la ditunjuk.. sorry ehh.. nanti tasha tunjuk gambar di post akan datang okay.. just waiting for me lah :) bye bye.....be continued in Part 2 :D