..dengan apa yang terjadi terhadap diri ini, aku tidak akan mengulangi kesilapanku lagi..
dulunya aku sentiasa senyum seorang diri bila melihat si dia, sampaikan sahabat-sahabatku sering berkata aku sudah angau, angau dengan mainan cintanya.. setiap hari akan tersenyum sambil memegang telefon kerana si dia sentiasa menghantar mesej kepadaku.. Itulah yang aku rasai suatu ketika dahulu. Tapi sekarang tidak lagi...
Sekarang diriku tidak lagi seperti tasha yang dulu, yang sentiasa ceria tu sudah hilang dan lesap begitu sahaja.. senyumku kini pun terpaksa hanyalah palsu semata-mata.. semuanya mungkin silapku yang tak pandai menjaga hatinya..semua kenanganku dengannya kini lenyap.. semua kata-katanya kini aku anggap sebagai dusta semata-mata..
Hidup penuh dengan dugaan.
Sejauh mana kita berkasih sayang kalau Allah sendiri sudah takdirkan diriku bukan untuk dirinya, aku dan dia tetap tidak akan bersama... Aku redha.. aku ingat sebelum kau meninggalkan diriku, kau ada berkata aku terlalu baik untuk kau dan "you're deserve someone better than me" mungkin ini yang menyebabkan kau pergi
meninggalkan aku sendiri, mungkin di mata engkau, aku ni umpama malaikat yang tidak membuat kesilapan dan engkau bagaikan syaitan membawa aku ke neraka.. salah anggapan kau padaku.. aku ini hanyalah syaitan yang bertopengkan manusia.. aku bukan lah baik seperti yang kau sangka.. aku pon sering melakukan kesilapan seperti yang lain..
kali terakhir kita jumpa, kau ada berkata yang kau rasa berbelah bahagi dengan cinta kau pada bekas kekasih kau dan sukanya kau kepada aku..aku sangat faham waktu itu dan aku terima apa saja keputusan yang kau buat sebab aku sedar siapa diriku. tapi selepas itu kau terus senyap, sehinggalah kau muncul dengan menunjukkan kau dah bahgia dengan cinta kau itu.. aku rasa skit hati waktu tu tersangat sehinggakan kau telah buat aku mengalir air mata buat kali pertama demi lelaki..
selepas itu, aku terus mengelak dari kau sebab aku taknak perasaan aku ni mengganggu hubungan kau dengan dia.. aku paling benci bila tengok senyuman kau, senyuman seperti tiada apa-apa yang berlaku.. kau tahu tak, kenapa aku macam tak boleh terima semua ni, sebab kau senyap tak pernah nak bersemuka untuk say sorry or buat penjelasan.. tapi apa yang aku dapat, hanyalah sakit hati.. paling sait hati apabila kawan-kawan sering membahana kita lagi.. padahal mereka tahu apa status kita sekarang.. disebabkan aku fikir mereka kawan, aku terima sebagai gurauan walaupun hatiku terluka.. sehinggalah sekarang...
Betul lah apa yang orang cakap, cinta itu
buta.. kini aku masih lagi boleh ada perasaan dekat kau tapi kebencian dalam diri ini telah mengikis sedikit perasaanku ini.. Aku telah patah hati, air mata yang mengalir menjadi saksi, kesedihan yang
melanda diri, tiada siapa yang mengerti. sekarang aku sendiri, menghadapi kehidupan
yang tidak lagi indah. Tapi aku masih lagi mampu untuk hidup kerana aku mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang menyayangi diriku, apa yang perlu
lakukan sekarang adalah, dengan "BERHENTI MENGHARAP". Aku yakin aku boleh, walaupun susah dan payah serta mengambil masa yang lama, aku rasa perlu untuk
mencari kebahagiaan aku sendiri..dan dengan ini terimalah aku dengan takdirmu Ya Allah.. :)
*dear awak, kalaulah awak boleh beri penjelasan sikit pada saya, insyaallah saya akan terima awak kembali sebagai kawan saya, buat masa sekarang saya hanya anggap awak seperti orang yang tidak dikenali..saya minta maaf sebab saya terpaksa buat begini*